12 Dis 2011

TUA..jangan takut hadapinya..!!


Wah lagi beberapa hari lagi kita nak sambut tahun 2012..ini bermakna umur kita semakin bertambah...dalam erti kata kita dah semakin TUA... dan tentu bila tiba tarikh birthday kita, rasa macam takut pulak nak jawab bila orang tanya umur..


So belek-belek majalah tadi ada ler jumpa isu pasal TUA..jom kita baca sesama...tajuk info itu adalah..


TUA..jangan takut hadapinya..!!

Penuaan adalah satu proses yang melibatkan mental, fizikal dan emosi..Menjadi tua merupakan satu realiti..Ini adalah hukum alam, tiada siapa akan terkecuali..
Apabila seseorang itu menjadi tua, dia mengalami malasah pelupa, badannya menjadi lemah dan senang mengalami kemurungan...

Simptom penuaan pada wanita..
(sori yek kaum Adam..nak tau untuk kaum Adam kena cari sendiri ler yek..)

  1. Masalah tulang rapuh menyebabkan lenguh sendi dan tenaga pada otot-otot berkurangan
  2. Kulit mula dipenuhi pigmentasi, kutil pada kulit (skin tag) dan warna kulit juga berubah menjadi gelap
  3. Perubahan struktur wajah membuatkan raut wajah berbeza dengan wajah sebenar. Sebenarnya masalah ini berlaku akibat dari tulang muka yang semakin menyusut jisimnya
  4. Kedutan pada kulit dan kekurangan kolegen membuatkan kulit tidak tegang
  5. Kenaikan berat badan akibat kekurangan hormon
  6. Masalah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan kanser menggangu golongan tua
  7. Mood yang tidak stabil menyebabkan wanita terasa tidak selesa, resah dan badan merasa panas akibat hormon yang berkurungan..

2 ulasan:

umialya berkata...

ermmmm kena terima hakikatnya

ahsfantasy24 berkata...

Takau atau tak, memang terpaksa hadapi :)