10 Dis 2011

Panduan Memilih Telekung Solat

Hehehehe..entry kali nih terbuka kepada semua..kaum Hawa dan Adam..untuk kaum Hawa memang ler kita akan pakai telekung time solat kan..untuk kaum Adam pulak..kot2 ada yang nak bagi hadiah pada buah hati...senang ler sikit nak pilih..

So..sebelum kita beli telekung teliti dulu tip nih..supaya telekung tu nanti betul-betul bermanafaat..bukan apa ada setengah telekung tu memang cantik tapi macam tak sesuai je..

  1. Pastikan ia betul dengan saiz badan pasangan/kita supaya tidak nampak aurat..sebab telekung nih jugak ada saiz-saiznya..
  2. Jangan pentingkan hiasan semata-mata..Paling penting fikirkan fungsi telekung tu iaitu untuk menutup aurat sepenuhnya..ada jugak telekung terlalu nipis..nih kalau boleh tak payah ler beli..kompem-kompem nampak aurat..
  3. Pilih jenis kain kapas kerana ia lebih selesa untuk digunakan. Ia juga mudah menyerap air jadi ia tidak akan menjadikan telekung kita bau busuk..
  4. Jangan terlalu ghairah pilih telekung yang penuh dengan kerawang dan berwarna-warni kerana ia akan menggangu khusyuk solat jemaah lain..selain itu takut timbul fitnah dan riak..
  5. Elakkan memilih telekung yang mempunyai kerawang di bahagian muka kerana ia membuatkan pemakainya berasa tidak selasa dan hilang khusyuk ketika solat..
Sumber ini dipetik dan diubah suai sedikit...

Tiada ulasan: