6 Dis 2011

Keistemewaan 10 Muharam..

Saja search untuk mencari keistemewaan 10 Muharam...yelah kat member2 ramai cuti sebab bos diaorg kasi cuti (company islam..memang ler diaorg tak ikut cuti kita..)


So, ini dia info pasal 10 Muharam..supaya kita semua dapat mengingati keistimewaannya...


10 Muharram - Dinamakan juga sebagai Hari Asyura. 


Pada hari itu banyak terjadinya peristiwa-peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Bertanya para sahabat..." Wahai Rasullulah...Apakah kelebihan 10 Muharam berbanding dengan hari-hari yang lain ?.." Sabdanya..




  1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
  2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. ALLAh mencipta lautan pada 10 Muharram
  4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
  6. Diciptakan  Nabi Adam a.s pada 10 Muharram
  7. Dimasukkan Nabi Adam a.s ke dalam syurga pada 10 Muharram
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s pada 10 Muharram
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s dari api Namrud pada 10 Muharram
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s dari sembelihan pada 10 Muharram
  11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s pada 10 Muharam
  13. Dilahirkan Nabi Isa a.s pada 10 Muharram
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharam
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
  16. Diangkat Nabi Isa a.s ke langit pada 10 Muharam
  17. Diterima taubat Nabi Adam a.s pada 10 Muharam
  18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s
  19. Awal-awal hujan turun dari langit pada 10 Muharam
  20. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharam

Tiada ulasan: