14 Dis 2011

Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia)

Hari nih tergerak saya untuk berkongsi pengalaman pasal penyakit Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia).. nih semua sebab dah 2 kali terkena kat anak..Amirah (yang sulung) dan Syazwani (yang bongsu)..Syazwani tu kena time dia umur 10 bulan kira kena berkampung dalam seminggu jugak ler kat wad hospital..Amirah tu baru kena bulan 7 ari tu..time umur dia 6 tahun..yang nih kena berkampung lama jugak dalam 2 minggu..sekarang masih dalam proses "follow up".. tapi alhamdullilah..sekarang diaorang sihat..tapi saya risau jugak kalau diaorang demam atau selsema...


Ok..nih serba sedikit info pasal Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia) tu..kita kena ambik peduli sikit sebab penyakit nih bahaya...so amalkan budaya dan persekitaran yang sihat...


Pneumonia nih adalah jangkitan virus kepada sistem paru-paru kita dan senang berjangkit kepada baby, kanak-kanak dan orang tua..sebab time nih antibody diaorang lemah..
  • Tanda-tanda dan gejala
Kalau untuk kanak-kanak, saya boleh kongsikan tanda-tanda dia..tapi kalau dewasa maaf ye saya tak pasti pulak..
  1. Demam panas - selalunya akan lebih daripada 3-4 hari..lagi senang nak tengok time malam je demam dia akan tinggi adakalanya mencecah 40 c.
  2. Batuk - sama ada dengan kahak atau tanpa kahak (macam gatal2 kerongkong tu)
  3. Tiada selera makan
  4. Kalau baby- sering merengek
  5. Pernafasan laju atau susah nafas
  6. Muntah atau cirit birit
  • Adakah jangkitan kuman ini serius ?
Ya, jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutama dikalangan kanak-kanak kecil.
Ini desebabkan mereka boleh mengalami kekurangan air (dehirasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu segera ke hospital 
  1. Pernafasan laju
  2. Sukar untuk bernafas
  3. Bibir menjadi biru
  4. Batuk berdarah
  5. Tidak lalu makan atau minum
  • Rawatan untuk jangkitan paru-paru
Semuanya mengikut tahap jangkitan..

Shazwani...hari pertama dia kat wad
Macam pengalaman saya, kiranya yang kena mula-mula sekali Syazwani..cara rawatan yang doktor bagi setelah tengok x-ray dia terus masukkan Antibiotik...kira dah masuk hari ke-4..nampak perubahan..tapi time tu kesian jugak Syazwani..susu dia kena catu..sebab doktor tak nak kasi dia batuk-batuk dan penat untuk menghisap susu..


Amirah..hari pertama dia kat wad
Tapi masa Amirah pulak..mula-mula diaorang ingat demam biasa..letak kat katil luar..esok bila tgk demam tak kurang baru pindah katil dalam..tgk lagi tak kurang baru diaorg suspek denggi..tapi bila tengok x-ray baru diaorg tahu yang paru-paru dia dah teruk kena jangkitan..kira sebelah kiri habih penuh ler..time tu risau yang teramat sangat..tak putus berdoa..sebab dia dah lembik..pulak-pulak asyik kena ambik darah je..sampai Amirah jadi fobia tengok doktor dan nurse..alhamdullilah..nurse dan doktor yang merawat dia semua baik-baik..suka bergurau..

Amirah hari ke 2 dia kat wad..comelkan Pingu tu..time nak balik Amirah cuba nak bodek Pingu tu nak bawak balik nak buat kenangan (ibu yang beria-ia suruh Amirah pujuk Doktor kasi Pingu tu bawak balik) tapi doktor kata tak boleh sebab prosedur hospital..barang-barang kena lupus.. Ala Pingu yang comel tu kena lupus begitu sahaja...
Macam-macam antibiotik dimasukkan..sampai ada antibiotik yang dia tak boleh terima..tukar dan tukar lagi antibiotik..lepas tu x ray lagi..dah sebelah kanan dah kena jangkit jugak..lagi risau..sampai diaorang terpaksa sedut air dalam  paru-paru dia..kira-kira hari ke 10 baru nampak ada perubahan pada Amirah..so doktor suggest untuk bawak dia keluar dari wad ICU dan letakkan dalam bilik khas supaya tak gaul ngan orang lain..sebab paru-paru dia masih lemah lagi...dan time nih just tunggu untuk habihkan antibiotik je lagi...masuk hari ke 14..lepas maghrib ubat dia pun habih..malam tu jugak keluar wad..sebab dah dia dah rindu kat rumah ngan adik-adik dia...


Okey..lanjut cerita pulak pasal anak-anak yek..


So mula-mula heran jugak ler kenapa ler jangkitan paru-paru nih boleh kena kat diaorang..adakah sebab asma..nak kata asma tak de sesapa kena..tapi ayahnya dulu time kecik-kecik memang ada problem sikit pada paru-paru..sampai sekarang..kalau hidu benda-benda yang bau kuat macam cat ker, ink ker kompem batuk-batuk..dan alhamdullilah..dia jugak tak merokok..
doktor kata tak..nak kata budak-budak nih berendam lama sangat time mandi pun doktor kata itu jugak bukan penyebabnya..


Tapi ada satu pagi tu, dalam segmen MHI (rancangan TV3) ada bercerita pasal topik nih jugak..dan baru paham bila doktor tu terangkan..semua nih berpunca daripada virus..sebab persekitaran kita nih kotor..udara kita tak bersih.. 


Apa-apa pun sebagai ibu bapa saya harap kalau anak-anak tu deman lebih dari 3 hari cepat-cepat ler bawak hospital..dan lagi jangan ingat anak kita tu besar dah boleh handle diri sendiri time diaorang demam..time tu kita pun kena prihatin pada diaorang..sebab macam saya, ingat Amirah dah 6 tahun dah pandai makan ubat sendiri..so tak kisah sangat..tapi bila tengok time dia dah lembik memang merisaukan dan rasa menyesal sesangat..tu time kat hospital saya sanggup dukung dia untuk dia ketandas..


Okey nih je yang dapat dikongsi..semoga kita semua berhati-hati..:)

1 ulasan:

Arie Zack berkata...

hebat ko punya penerangan... tahniah...