21 Ogo 2011

KHAS UNTUK PARA SUAMI...

Cerita nih aku petik dari satu sumber..time tadi tengah mencari-mencari maklumat..terbaca pulak cerita nih..macam best je untuk dikongsi bersama..bukan nak mengenakan sesapa yek..tapi sekadar renungan dan pandangan..jangan ingat salah isteri je kalau suami berubah..tapi suami jugak kena ingat salah sapa kalau isteri berubah

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...   Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....   Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...   Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....   Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...   Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....   Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....   Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....   Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...   Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku   Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....   Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....     


Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI     Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...   Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...   Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...   Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan   Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....   Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....   Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...   Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?     


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh 
menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


19 Ogo 2011

Khas Untuk Kaum Wanita..

Meh sama-sama kita beringat...

" Berzikirlah jika kita uzur (bagi wanita) supaya tidak terlepas 10 malam terakhir..semoga kita dapat merebut Lailatul Qadar...Aminnn"








18 Ogo 2011

Elak Batu Kerongsang Tertanggal

Huh..musti tensenkan..beli kerongsang mahal-mahal pun batu dia tercabut jugak...beli yang murah pun sama jadi meh kita sama-sama kongsi petua nih...petua nih aku pernah dengar dari satu butik kecantikan..hahaha...nak tengok kerongsang yang lawa-lawa..gie ler tengok link Bisnis aku yek...

So..untuk mengelakkan batu permata pada kerongsang tidak mudah tertanggal, sapukan cecair pengilat kuku yang tidak berwarna ke atas kerongsang tadi..Paling tidak cara ini akan menjadikan kerongsang kita tu lagi kelihatan lebih bersinar...blink..blink ler katakan...
Cer try..aku dah buat dah...alhamdullilah menjadi..


17 Ogo 2011

Tazkirah Ramadhan..

" Tidak kira siapapun kita, di dalam masjid semua jadi makmum, dan hanya seorang sahaja menjadi imam.
Pegawai Kerajaan ke dia, Doktor, Hakim, Wakil Rakyat, Menteri masuk sahaja ke masjid untuk solat, dia akan menjadi makmum dan kena ikut semua perbuatan imam. 
Tujuannya untuk melatih keluar daripada masjid, semua perlu terus menjadi makmum kepada Allah SWT dalam menjalankan tugas seharian sebagai muslim.."



Aduh.....Blur..Blur...

Aduh...blur sungguh...nak update blog nih kasi chantek-chantek..tensen pulak rasanya...otak tak kreatif guana nak pikir yg chantek-chantek...tapi usaha tangga kejayaan..jangan semua rosak udah..penat weh..udah ler belajor buat blog ngan sifu dari Dubai..bukan dekat-dekat...
Aduh...guana nih...

16 Ogo 2011

Doa Ramadhan...Hari ke -16

" Ya Allah...berikanlah keampunan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang yang baik...
Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan...
Lindungilah aku dengan rahmatMu hingga ke alam Akhirat, demi ketuhananMu..wahai Tuhan sekalian alam..."

~ Amin ~


15 Ogo 2011

Follow Up kat Hospital...

Baru balik hospital..alhamdullilah..keputusan memuaskan..just ada sikit2 lg warna putih kat x-ray tadi..tapi doktor kata memang akan ambik masa sikit untuk clear semua..sebab semua jenis antibiotik dah masuk..so disebabkan batuk masih ada sikit-sikit..kenalah lagi follow up sebulan dari sekarang..

Yang kelakar..semua doktor tu kenal Amirah..ye la 2 minggu berkampung kat wad mana tak kenal..udah ler doktor yang check dia tadi..doktor yang selalu kena set line dia..hehehe...sampaikan dia kata tak boleh lupa Amirah menjerit...hehehe...Amirah nih memang manja..lagi-lagi baru bangkit demam..hem..aku pun rasa pening kepala tengok manja dia terlebih sangat...sampaikan nurse-nurse kat wad tu ingat Amirah nih anak bongsu..padahal dia anak sulung...

Tapi aku rasa aku nih memang manjakan anak..bukan apa..time diaorang sakit tu kesian tengok mereka..bagi aku biar le aku penat..asal diaorang cepat sembuh..sampaikan time kaki Mira tu kena cucuk..seminggu jugak ler aku dukung dia ke tandas..tapi bila ayah dia jaga..ayah dia ajar cara yang mudah..malam bila aku jaga pulak..dia pulak yang tunjukkan cara ayah dia ajar bila ke tandas..hehehe..tu la perasaan ibu nih..kesian yang terlampau..kalau ayah dia lagi sakit memang dia tak kasi anak-anak manja-manja sangat..dia suruh lawan semua sakit tu..aku pulak yang rasa macam kesian...

Ok ler..nak sambung kerja...nak packing barang yang orang order..disebabkan diaorang beli ngan aku..so ada ler "free gift"nya..so nak packing sekali free giftnya..kalau korang berminat..meh ler order..kompem korang puas hati berurusan ngan kedai online aku..:)

14 Ogo 2011

Info Ikhlas Di Bulan Ramadhan..

Sekadar ingatan dan bacaan sahaja..diambil dari petikan page2 yang saya suka baca...bukan apa..paling tidak kita boleh berkongs-kongsi maklumat....so kalau rasa tergerak untuk sama-sama nak membaca..meh..jom kita baca sama-sama...

Informasi 1

" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar Iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadhan atas dasar Iman dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar Iman dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan." HR Bukhari dan Muslim




Informasi 2


5 Bonus Khas Ramadhan


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :



  1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebin wangi daripada kasturi di sisi Allah
  2. Para Mailaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
  3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagian didunia dan diakhirat)
  4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramadhan
  5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu'alaihi wa salam : " Ya, Rasullulah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalananya." (HR Ahmad)

Semoga kita semua akan mendapat rahmat dan shaafat di bulan yang mulia ini...


12 Ogo 2011

Selamat Berbuka Posa...

saja je nak ucapkan selamat berbuka..nak share ngan korang ler.. dah nak masuk minggu ketiga kita berposa..hehehe..ramai dari korang dah enjoy shoping raya..yelah..dah dapat bonus ler katakan...apa-apa pun seronok naik shopping mall..semua pakat buat diskaun...aku..kompem..dah nak dekat raya baru g shopping utk anak2..sbb bila dah last2 tu baru best..ok..selamat berbuka posa..:)

11 Ogo 2011

Sama-sama kita renungkan...

Orang yang didoakan oleh malaikat

  1. Yang menunggu-nunggu solat
  2. Yang bersolat di saf pertama
  3. Yang memenuhkan saf ketika solat
  4. Yang terus duduk selepas dolat sehingga doa dibacakan
  5. Yang solat subuh dan asar berjemaah
  6. Yang berwudu' sebelum tidur
  7. Yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui oleh saudaranya itu
  8. Yang suka berwakaf dan bersedekah
  9. Yang menziarahi orang sakit
  10. Yang mengaminkan selepas imam membaca Fatihah dalam solat
  11. Yang bersahur
  12. Yang berbuat baik terhadap saudaranya..

9 Ogo 2011

Peramah Di Pagi Hari

Tak sangka jugak aku nih jenis peramah jugak orangnya..korang jangan ingat aku nih sombong tau..cer klu korang ok..terlebih ok jugak ler aku..macam tadi sorang staff dari satu company..nama dia Syasya..comel loteh je orangnya..udah ler dia peramah..so apa lagi..sembang lama ler kitaorg..padahal tu first time baru jumpa..macam dah lama pulak kenal..
Seronok bila kita bergaul ngan org yg baik..jgn mcm budak2 yg bt kerja kat kawasan opis aku nih..aku kasi tau baik2 bukan main muka diaorg..ye la mentang2 aku nih kerani je..tapi ingat..ini kawasan aku..so kena ler dengar cakap aku..hah..buat tak tau yek..so semalam arahan dari bos aku..diaorg kena keluarkan barang diaorg..masuk dlm stor yg disediakan..bukan kat opis..disebabkan korang suka tunjuk eksyen kat aku..so aku pun tak blh nak tolong korang buat ayat manis kat bos aku..sori yek teman tak blh nak tolong..
So kesimpulannya..betul kata pepatah..budi bahasa mencerminkan budaya kita..jadi..senyum..dan pastinya semua org akan balas balik senyum kita..:)

8 Ogo 2011

Cerita setelah lama menyepi...

Sori ler..lama tak update blog nih...macam-macam yg berlaku..macam baru-baru nih sebelum nak sambut posa 2 minggu aku bertapa kat spital..jaga anak...punca kerana demam panas..terbawak-bawak sehingga jangkitan paru-paru...
huhuhu..terasa bersalah sangat pada anak ibu..itu ler terlalu leka sangat..ingat dia dah besar..boleh handle diri sendiri..last-last..aku jugak yang jadi kelam kabut...padan muka aku...
Tapi korang pagi tadi selepas sahur..sementara tunggu azan subuh..terlelap sekejap..boleh pulak termimpi..mimpi yang tak best..pasal appoiment yang perlu aku pergi susulan pasal kes demam dia..sampai sekarang nih aku rasa takut..aduh..risau pulak aku...hem..tapi aku harap-harap agar tu semua mainan mimpi...
Doakan yek korang agar semua berjalan lancar 15 Ogos nanti...harap tak de keputusan yang tak best...