24 Dis 2011

Tempat Syaitan Berkumpul..~HIDUNG~







Saya pun baru tahu pasal nih..selama nih best je orang korek hidung..rupa-rupanya situ tempat berkumpul para-para syaitan..isk geli ler pulak..meh korang baca sikit info nih..so boleh ler kita halau syaitan-syaitan tu dari lepak dalam lubang hidung kita..:)


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi Muhamad s.a.w bersabda.."Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak 3 kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)"..


Untuk pengetahuan semua, hidung adalah salah satu anggota badan kita yang syaitan minat..time kita tidur ler time yang sesuai syaitan datang..time tu syaitan-syaitan akan berkumpul didalamnya..tapi tak tau ler secara tepat apasal kat situ syaitan suka..mungkin boleh menggangu keupayaan kita untuk bangun dari tidur..tu yang kalau dah tido malas bebenor nak bangun..

Jadi cara Rasullullah sebaik sahaja bangun tido selain bersugi ialah membersihkan hidung..jadi lepas nih bangun je dari tido cepat-cepat ler kita bersihkan hidung..kerana melalui hidung jugak ler kita menyedut udara pemberian Allah..:-

  • Berselawat dan gunakan jari yang kecil untuk membersihkannya secara perlahan-lahan..jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana bimbang hidung akan cedera atau bulu hidung tertanggal..(takut jugak nanti lubang hidung besar..lagi senang syaitan besor duduk dalam lubang hidung kita..)

23 Dis 2011

Sikap Syaitan bila tak dapat menyesatkan Manusia




Lama tak update blog...sambil-sambil dengar radio dan rehat sekejap dari tengok angka-angka kat buku nih terjumpa ler info nih..best jugak kalau nak kongsi ngan u all semua..
Lagi-lagi pulak time baca info nih dia ada kasi note kat situ..gini bunyinya.."Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya dengan berkata, "Jangan sebarkan, kerana ia tak penting lansung !!".. so saya nak kasi setan tu gelabah lagi terus masukkan post untuk hari nih..so meh kita baca ramai-ramai..:)

Okey antara reaksi Syaitan apabila kita mengamalkan Al-Quran sebagai panduan harian kita :
  1. Ketika kita membawa Al-Quran - respon syaitan = "ala biasa-biasa saja..tengok je.."
  2. Ketika kita membukanya - syaitan mulai curiga
  3. Ketika kita membacanya - dia resah dan gelisah
  4. Ketika kita memahaminya - dia mula terkejang-kejang
  5. Ketika kita mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan kita setiap hari - Dia stroke..
So..teruskan membaca dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke..:)

19 Dis 2011

Kalender..oh kalender...


Sori ler dah berapa hari tak update post..dari ari jumaat ari tu..ari tu sibuk mencari dan memborong kalender...susah bebenor nak dapat kalender free..kang tunggu punye tunggu dah masuk tengah bulan satu baru dapat..dah basi..so untuk tahun 2012 saya cari kalender sendiri..senang nak buat planning awal-awal...kang tanguh-tanguh peh tu lupa...mula ler malas dah nak cari...

ari sabtu ngan ahad pulak hal ngan anak-anak...rumah pun tak sempat nak kemas..sebab alasan munasabah kang kemas tak sampai 5 minit sepah balik..so tunggu semangat rajin datang betul-betul baru nak kemas...

nih dah masuk ari isnin..esok pulak nak bawak anak ada follow up kat spital..huh.mintak-mintak awal ler dapat...

so hari nih tak de ler post best-best...tapi nanti ada masa saya kutip info-info best nak kongsi ngan korang..banyak jugak ler info yang saya jumpa...hehehe...

15 Dis 2011

SELINGAN IKLAN sebentar..

sila KLIK untuk kepastian !!!!!

INGINKAN KEMODENAN !!!
campaign image
Samsung Galaxy


INGINKAN TAMPIL MENAWAN !!!

campaign image
Marie France Bodyline


INGINKAN KOLESI MENARIK !!!

campaign image
Chipmunks


INGINKAN KELAINAN !!!
campaign image
Ferris Wheel Shoe Rack


INGINKAN KESEGARAN !!!


campaign image
Andamai Spa, Shah Alam

14 Dis 2011

Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia)

Hari nih tergerak saya untuk berkongsi pengalaman pasal penyakit Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia).. nih semua sebab dah 2 kali terkena kat anak..Amirah (yang sulung) dan Syazwani (yang bongsu)..Syazwani tu kena time dia umur 10 bulan kira kena berkampung dalam seminggu jugak ler kat wad hospital..Amirah tu baru kena bulan 7 ari tu..time umur dia 6 tahun..yang nih kena berkampung lama jugak dalam 2 minggu..sekarang masih dalam proses "follow up".. tapi alhamdullilah..sekarang diaorang sihat..tapi saya risau jugak kalau diaorang demam atau selsema...


Ok..nih serba sedikit info pasal Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia) tu..kita kena ambik peduli sikit sebab penyakit nih bahaya...so amalkan budaya dan persekitaran yang sihat...


Pneumonia nih adalah jangkitan virus kepada sistem paru-paru kita dan senang berjangkit kepada baby, kanak-kanak dan orang tua..sebab time nih antibody diaorang lemah..
  • Tanda-tanda dan gejala
Kalau untuk kanak-kanak, saya boleh kongsikan tanda-tanda dia..tapi kalau dewasa maaf ye saya tak pasti pulak..
  1. Demam panas - selalunya akan lebih daripada 3-4 hari..lagi senang nak tengok time malam je demam dia akan tinggi adakalanya mencecah 40 c.
  2. Batuk - sama ada dengan kahak atau tanpa kahak (macam gatal2 kerongkong tu)
  3. Tiada selera makan
  4. Kalau baby- sering merengek
  5. Pernafasan laju atau susah nafas
  6. Muntah atau cirit birit
  • Adakah jangkitan kuman ini serius ?
Ya, jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutama dikalangan kanak-kanak kecil.
Ini desebabkan mereka boleh mengalami kekurangan air (dehirasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu segera ke hospital 
  1. Pernafasan laju
  2. Sukar untuk bernafas
  3. Bibir menjadi biru
  4. Batuk berdarah
  5. Tidak lalu makan atau minum
  • Rawatan untuk jangkitan paru-paru
Semuanya mengikut tahap jangkitan..

Shazwani...hari pertama dia kat wad
Macam pengalaman saya, kiranya yang kena mula-mula sekali Syazwani..cara rawatan yang doktor bagi setelah tengok x-ray dia terus masukkan Antibiotik...kira dah masuk hari ke-4..nampak perubahan..tapi time tu kesian jugak Syazwani..susu dia kena catu..sebab doktor tak nak kasi dia batuk-batuk dan penat untuk menghisap susu..


Amirah..hari pertama dia kat wad
Tapi masa Amirah pulak..mula-mula diaorang ingat demam biasa..letak kat katil luar..esok bila tgk demam tak kurang baru pindah katil dalam..tgk lagi tak kurang baru diaorg suspek denggi..tapi bila tengok x-ray baru diaorg tahu yang paru-paru dia dah teruk kena jangkitan..kira sebelah kiri habih penuh ler..time tu risau yang teramat sangat..tak putus berdoa..sebab dia dah lembik..pulak-pulak asyik kena ambik darah je..sampai Amirah jadi fobia tengok doktor dan nurse..alhamdullilah..nurse dan doktor yang merawat dia semua baik-baik..suka bergurau..

Amirah hari ke 2 dia kat wad..comelkan Pingu tu..time nak balik Amirah cuba nak bodek Pingu tu nak bawak balik nak buat kenangan (ibu yang beria-ia suruh Amirah pujuk Doktor kasi Pingu tu bawak balik) tapi doktor kata tak boleh sebab prosedur hospital..barang-barang kena lupus.. Ala Pingu yang comel tu kena lupus begitu sahaja...
Macam-macam antibiotik dimasukkan..sampai ada antibiotik yang dia tak boleh terima..tukar dan tukar lagi antibiotik..lepas tu x ray lagi..dah sebelah kanan dah kena jangkit jugak..lagi risau..sampai diaorang terpaksa sedut air dalam  paru-paru dia..kira-kira hari ke 10 baru nampak ada perubahan pada Amirah..so doktor suggest untuk bawak dia keluar dari wad ICU dan letakkan dalam bilik khas supaya tak gaul ngan orang lain..sebab paru-paru dia masih lemah lagi...dan time nih just tunggu untuk habihkan antibiotik je lagi...masuk hari ke 14..lepas maghrib ubat dia pun habih..malam tu jugak keluar wad..sebab dah dia dah rindu kat rumah ngan adik-adik dia...


Okey..lanjut cerita pulak pasal anak-anak yek..


So mula-mula heran jugak ler kenapa ler jangkitan paru-paru nih boleh kena kat diaorang..adakah sebab asma..nak kata asma tak de sesapa kena..tapi ayahnya dulu time kecik-kecik memang ada problem sikit pada paru-paru..sampai sekarang..kalau hidu benda-benda yang bau kuat macam cat ker, ink ker kompem batuk-batuk..dan alhamdullilah..dia jugak tak merokok..
doktor kata tak..nak kata budak-budak nih berendam lama sangat time mandi pun doktor kata itu jugak bukan penyebabnya..


Tapi ada satu pagi tu, dalam segmen MHI (rancangan TV3) ada bercerita pasal topik nih jugak..dan baru paham bila doktor tu terangkan..semua nih berpunca daripada virus..sebab persekitaran kita nih kotor..udara kita tak bersih.. 


Apa-apa pun sebagai ibu bapa saya harap kalau anak-anak tu deman lebih dari 3 hari cepat-cepat ler bawak hospital..dan lagi jangan ingat anak kita tu besar dah boleh handle diri sendiri time diaorang demam..time tu kita pun kena prihatin pada diaorang..sebab macam saya, ingat Amirah dah 6 tahun dah pandai makan ubat sendiri..so tak kisah sangat..tapi bila tengok time dia dah lembik memang merisaukan dan rasa menyesal sesangat..tu time kat hospital saya sanggup dukung dia untuk dia ketandas..


Okey nih je yang dapat dikongsi..semoga kita semua berhati-hati..:)

13 Dis 2011

HATI-HATI BILA MENGANGKAT KETIAK..



Sori ler..entry kali nih takut menyinggung sesapa..bukan nak mengena atau mengutuk sesapa..tapi sekadar nak mengingatkan..bak kata orang "sharing is caring"..betul tak..


Teguran nih khas kepada sesapa yang memang suka pakai baju yang takde lengan nun..tak kira ler singlet ker..t-shirt ker..suka korang ler kan nak pakai apa-apa..sebab itu hak korang..Tapi yang lemah gemalai nih bila tengok ketiak korang tu..


Dah berapa kali aku terkena..tak kira ler bila tengok orang awam ker..artis ker...aduh mak...geli geleman rasanya..kalau korang rasa nak ikut fesyen pastikan ler bulu-bulu kat ketiak tu trim cantik-cantik..kasi licin semua..tak tinggal akar-akar pun..peh tu..sebelum ketiak korang tu putih..hentikan ler niat nak pakai..bila korang rasa dia dah putih dan tak berkarat..ok teruskan ler niat korang tu..


Dan aku rasa kepada kaum HAWA..ingatan nih penting untuk korang..cer korang bayangkan seorang pempuan..mengangkat ketiak dengan penuh bangga tapi hakikatnya orang tengok nak muntah..kompem korang kena gelak..


JADI RENUNG-RENUNGKAN LAH YEK..:)

12 Dis 2011

TUA..jangan takut hadapinya..!!


Wah lagi beberapa hari lagi kita nak sambut tahun 2012..ini bermakna umur kita semakin bertambah...dalam erti kata kita dah semakin TUA... dan tentu bila tiba tarikh birthday kita, rasa macam takut pulak nak jawab bila orang tanya umur..


So belek-belek majalah tadi ada ler jumpa isu pasal TUA..jom kita baca sesama...tajuk info itu adalah..


TUA..jangan takut hadapinya..!!

Penuaan adalah satu proses yang melibatkan mental, fizikal dan emosi..Menjadi tua merupakan satu realiti..Ini adalah hukum alam, tiada siapa akan terkecuali..
Apabila seseorang itu menjadi tua, dia mengalami malasah pelupa, badannya menjadi lemah dan senang mengalami kemurungan...

Simptom penuaan pada wanita..
(sori yek kaum Adam..nak tau untuk kaum Adam kena cari sendiri ler yek..)

  1. Masalah tulang rapuh menyebabkan lenguh sendi dan tenaga pada otot-otot berkurangan
  2. Kulit mula dipenuhi pigmentasi, kutil pada kulit (skin tag) dan warna kulit juga berubah menjadi gelap
  3. Perubahan struktur wajah membuatkan raut wajah berbeza dengan wajah sebenar. Sebenarnya masalah ini berlaku akibat dari tulang muka yang semakin menyusut jisimnya
  4. Kedutan pada kulit dan kekurangan kolegen membuatkan kulit tidak tegang
  5. Kenaikan berat badan akibat kekurangan hormon
  6. Masalah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan kanser menggangu golongan tua
  7. Mood yang tidak stabil menyebabkan wanita terasa tidak selesa, resah dan badan merasa panas akibat hormon yang berkurungan..

10 Dis 2011

Panduan Memilih Telekung Solat

Hehehehe..entry kali nih terbuka kepada semua..kaum Hawa dan Adam..untuk kaum Hawa memang ler kita akan pakai telekung time solat kan..untuk kaum Adam pulak..kot2 ada yang nak bagi hadiah pada buah hati...senang ler sikit nak pilih..

So..sebelum kita beli telekung teliti dulu tip nih..supaya telekung tu nanti betul-betul bermanafaat..bukan apa ada setengah telekung tu memang cantik tapi macam tak sesuai je..

  1. Pastikan ia betul dengan saiz badan pasangan/kita supaya tidak nampak aurat..sebab telekung nih jugak ada saiz-saiznya..
  2. Jangan pentingkan hiasan semata-mata..Paling penting fikirkan fungsi telekung tu iaitu untuk menutup aurat sepenuhnya..ada jugak telekung terlalu nipis..nih kalau boleh tak payah ler beli..kompem-kompem nampak aurat..
  3. Pilih jenis kain kapas kerana ia lebih selesa untuk digunakan. Ia juga mudah menyerap air jadi ia tidak akan menjadikan telekung kita bau busuk..
  4. Jangan terlalu ghairah pilih telekung yang penuh dengan kerawang dan berwarna-warni kerana ia akan menggangu khusyuk solat jemaah lain..selain itu takut timbul fitnah dan riak..
  5. Elakkan memilih telekung yang mempunyai kerawang di bahagian muka kerana ia membuatkan pemakainya berasa tidak selasa dan hilang khusyuk ketika solat..
Sumber ini dipetik dan diubah suai sedikit...

9 Dis 2011

Manusia..Malaikat dan Syaitan..

Semalam tak dapat nak update post yang best-best..tapi hari nih gagahkan jugak cari benda best-best..nanti kalau tak de info-info menarik nanti orang tak nak datang singgah blog kita..betul tak..hehehe..so..saya rasa post nih best dah boleh kita kongsi sesama..
Bukan apa kita memang akan lalui semua situasi nih..sama ada kita larat atau tak untuk harung semua nih..renung-renungkan lah..:)


Situasi 1

  • Manusia - Eh..dah subuh dah..?
  • Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam..tunaikan solat Subuh mu..
  • Syaitan - Alahhh..sekejaplah..ngantuk nih..awal lagi ni..zzz
Situasi 2
  • Manusia - Nak makan, laparlah...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..mulakanlah dengan Bismillah..
  • Syaitan - Ahh..tak payahlah..dah lapar nih!..makan saja..sedapnya..
Situasi 3
  • Manusia - Hari ni nak pakai apa ye ?....
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..pakailah pakaian yang menutup aurat..
  • Syaitan - Ehh...panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung !


Situasi 4
  • Manusia - Alamak, dah lewat !...
  • Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
  • Syaitan - Ahh..awal lagi..mmm..ahhh..suruh si X tolong punchkanlah..
Situasi 5
  • Manusia - Azan sudah kedengaran...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..bersegeralah menunaikan kewajipan...
  • Syaitan - Baru pukul berapa..riles lah..awal lagi nih..
Situasi 6
  • Manusia - Eh..eh..tak boleh tengok ini..berdosa..
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..alihkan pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui
  • Syaitan - Perghhh..best tu..rugi oo kalau tak tengok..
Situasi 7
  • Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..cegahlah ia..
  • Syaitan -  Apa kau sibuk ? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah..
Situasi 8
  • Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..nasihat-menasihati lah sesama kamu..
  • Syaitan -  Sendiri pikirlah..dah besar, buat apa susah-susah..pandai-pandai lah..
Situasi 9
  • Manusia - Aku telah berdosa...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..bertaubatlah kamu..sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
  • Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh taubat..muda lagikan..lagipun hidup hanya sekali..(hehehe..kalau sempat la..)
Situasi 10
  • Manusia - Kalau pergi mesti seronok !!...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu..
  • Syaitan - Jangan bimbang, tak de sesapa yang tahu..Jomlaahh..!!
Situasi 11
  • Manusia - Uhhhh..letihnya hari nih..tak solat lagi nih..
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagian di dunia dan akhirat untukmu..Solat itu wajib bagimu..
  • Syaitan - Hey anak Adam..ikutilah aku, kebahagian di dunia (sahaja) dan kebahagian di akhirat untuk mu nanti ada juga..( jangan mimpilah..!!)

8 Dis 2011

Tahap yang tidak stabil

Ari nih tak de cite apa-apa yang nak dikongsikan..bukan apa tak larat nak search benda untuk post hari nih..tak sihat..nak renung monitor nih udah macam dalam laut je...so sori yek kepada sesapa yang jengah sini tak de cerita menarik..nanti jengah lagi..insyallah saya update cite-cite yang best...

7 Dis 2011

Kata-kata Hikmah

Setiap kali bukak "fb" selalu dapat update post dari member nih..saya suka sangat follow dia punye update post..paling-paling tidak dapat jugak memuhasabahkan diri nih..yelah saya nih manusia yang lemah..kalau tak de orang nak tegur kita ingat kita nih bagus sangat..so..walaupun hanya ayat yang ditulis didalam laman sosial nih yang kita rasa bernas..baik kita ambik buat tauladan..betul tak..

So kalau korang pun ada kata-kata hikmah yang boleh kongsi sesama..meh ler jadi member "FB" saya...kita bertukar-tukar pendapat..seronokkan..idak ler laman sosial nih di 'cop' sebagai tempat membuang masa..

Antara kata-kata hikmah yang saya dapat pada hari nih..:-


Ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci manusia..

  1. Manusia takut dan benci pada maut, padahal ia lebih baik kepada orang mukmin daripada ancaman fitnah..
  2. Manusia takut dan benci kepada miskin, padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti..

6 Dis 2011

Keistemewaan 10 Muharam..

Saja search untuk mencari keistemewaan 10 Muharam...yelah kat member2 ramai cuti sebab bos diaorg kasi cuti (company islam..memang ler diaorg tak ikut cuti kita..)


So, ini dia info pasal 10 Muharam..supaya kita semua dapat mengingati keistimewaannya...


10 Muharram - Dinamakan juga sebagai Hari Asyura. 


Pada hari itu banyak terjadinya peristiwa-peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Bertanya para sahabat..." Wahai Rasullulah...Apakah kelebihan 10 Muharam berbanding dengan hari-hari yang lain ?.." Sabdanya..




  1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
  2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. ALLAh mencipta lautan pada 10 Muharram
  4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
  6. Diciptakan  Nabi Adam a.s pada 10 Muharram
  7. Dimasukkan Nabi Adam a.s ke dalam syurga pada 10 Muharram
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s pada 10 Muharram
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s dari api Namrud pada 10 Muharram
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s dari sembelihan pada 10 Muharram
  11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s pada 10 Muharam
  13. Dilahirkan Nabi Isa a.s pada 10 Muharram
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharam
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
  16. Diangkat Nabi Isa a.s ke langit pada 10 Muharam
  17. Diterima taubat Nabi Adam a.s pada 10 Muharam
  18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s
  19. Awal-awal hujan turun dari langit pada 10 Muharam
  20. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharam

Seronok..seronok..seronok..





Alhamdullilah..


Seronok tengok trafik semalam...ramai visitor...terima kasih kepada semua rakan-rakan blog yang sudi terjah masuk dan jadi follower dalam blog saya...ucapan yang tidak terhingga kepada semua..


Kepada semua sahabat..kalau ada masa mai-mai ler jenguk-jenguk lagi blog saya nih..kalau ada komen kasi tau yang mana yang boleh di'upgrade'kan lagi..tak salahkan kita semua berkawan..bak kata orang.."BIAR RAMAI KAWAN JANGAN RAMAI LAWAN.."

Ok..jumpa lagi..terima kasih kepada semua yang memberi sokongan..:)



5 Dis 2011

Pengorbanan Seorang Ibu...

Tadi tengah check-check post dalam 'facebook' tadi terbaca ler satu post dari member yang dipetik dari satu sumber... Best petikan dia..dan tergerak saya untuk berkongsi dekat blog nih.. paling-paling tidak kita boleh sama-sama bermuhasabah untuk ingatan kita semua..


Petikan dia macam nih..saya copy n paste tau..


"Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 DEL (unit) KESAKITAN..Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 DEL (unit) KESAKITAN.. Ini sama dengan MEMATAHKAN 20 TULANG SECARA SERENTAK !! Cuba bayangkan, KESAKITAN  dan KASIH SAYANG SEORANG IBU..


Mustahil seorang ibu itu, MEMBENCI anak dia sendiri !! Seorang ibu hanya mahukan anaknya menjadi seorang manusia yang BERGUNA dan BERJAYA DIDUNIA dan AKHIRAT..
Kelak ! JANGAN BIARKAN SYAITAN MEMBISIK DIKALA KITA BUNTU dan KECEWA dengan IBU KITA..


Hem..bila dikenangkan semula memang..sesapa yang ada pengalaman melahirkan anak  akan merasa semua kenikmatan yang ALLAH kurniakan..memang ler banyak kepayahannya..tetapi kenikmataan yang ALLAH kurniakan tidak terhingga..dan kepada bakal-bakal para ibu..saya doakan semoga kita akan menjadi seorang ibu yang mithali untuk anak-anak kita..luv u semua..


p/s :- kepada anak-anak ibu..AMIRAH NUR BATRISYIA..AMIRUL HAMIZAM dan AMIRAH NUR SYAZWANI..ibu sayang anak-anak ibu..ibu doakan semoga anak-anak ibu menjadi insan yang berjaya didunia dan diakhirat..dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat memberikan kebahagia kepada ibu disana  kelak..LUV U sayang....




3 Dis 2011

Hari Cuti..

Hari nih hari Sabtu...hem..ingat nak keluar beli barang rumah..tapi tengok dulu program takut tetiba ada je program luar jangkaan...

So kalau tak keluar beli barang apa aku nak buat yek..nak tajamkan skill buat agar-agar...hem..ok jugak..ari tu time kenduri kat rumah k.yong kira kembang jugak ler hidung ramai orang puji agar-agar aku walaupun agar-agar tu boleh terpatah time nak taruk lapisan atas dia..hahaha..punye ler kelam kabut..kang tengahari dah nak serve agar-agar tu...nasib time nak potong agar-agar tu dah ok..
tu ler sebab buat tanpa perancangan...konon dah lama tak jumpa kakak kira sambil sembang-sembang tu buat ler kerja walaupun badan dah penat..

So apa plan korang esok..apa2 pun have a nice holiday...:)

2 Dis 2011

TIPS KECANTIKAN DALAMAN

Semalam kita berkongsi pasaL TIPS KECANTIKAN WAJAH.. hari nih pulak pasal TIPS KECANTIKAN DALAMAN pulak..tengah rajin kumpul info..paling2 tidak saya pun boleh amalkan sekali...hehehe..

Meh korang kita kongsi sesama..


Tips Kecantikan Dalaman


1. Minum banyak air...minum..minum dan minum! 

    Dah biasa dengarkan...bukan apa dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga  kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan...Itu sebab kena minum air banyak..
2. Bersenam !

Baik utk kesihatan..paling malas nak larik2 pun jalan2 keliling rumah..tak pun nak gie beli kuih2 tu jalan kaki..kira bersenam ler jugak pagi2 buta..
3. Jangan merokok !

 Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan??
4. Tidur yang cukup !


Jangan selalu berjaga malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.



5. Tak payah pakai makeup !

Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Paling tidak jimat sikit kita punye eyeshadow, lipstik, blusher  dan semua skali ler... Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg  bersih

6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan !


 Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan. Pastikan ia menu yang sihat 

7. Elakkan stress!
 Stress mempercepatkan proses penuaan. Cari benda yang sesuai untuk anda kembali rilex dan tenang daripada stress..

8. Don't worry, be happy !


 Anggap diri anda hebat dan cantik,  pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!



9 .Ketawa penghibur duka! 



Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.