28 Apr 2011

Kenangan Lalu Jadi Mak Andeh...

Time baca Post share member aku kat facebook tadi teringat pasal aku..hahaha..pasal brestfeed...time tu terasa aku macam mak andeh..gabra gile aku time tu..
Cite dia gini..time tu aku dah ada anak nombor 3 tu..kira anak aku nombor 3 tu memang kaya minum susu aku..alhamdullilah..time dia susu aku memang banyak..time tu aku memang seronok kasi dia b/feed..tapi disebabkan kesian kat anak yang 2 orang tu ler aku jadi mak andeh sekejap...
Time tu memang hangat pasal H1N1...Habis ofis macam biasa ambik anak-anak...time nak tunggu ayah dia balik aku duduk rumah mak aku kejap...kiranya memikirkan susu ibu nih banyak antibodi..aku pun mengerahkan kedua-dua anak aku yang lain minum susu yang aku perah kat opis..hahaha..si kakak time tu dah 4 tahun lebih..mula-mula tak mau minum...mak aku kira defend jugak cucu dia (si kakak ler)..sebab tak nak minum...tapi atas arahan aku kena ler jugak dia menelan..yang si abang..time tu yelah baru 2 tahun lebih kira tak kisah lagi..si adik macam biasa ler memang itu ler makanan dia...
Tetiba..habih je minum susu tu..tak sampai sejam..kakak kata dia sejuk sangat..aku ajak dia mandi..itu pun kejap sebab kata dia badan dia macam nak demam..tapi aku buat tak kisah sebab ingat alasan dia je semata-mata...lepas je mandi..siap-siap bedak semua..dia terbaring je..eh...pelik jugak..rasa dahi dia..punye ler panas sangat...alamak cuak aku...mak aku apa lagi membebel ler dia...aduh..risau pun dapat..kena marah pun dapat...padan muka aku...
Call my laling..lepas maghrib bawak kakak ke klinik..time tu memang aku rasa bersalah..hahaha..cite kat doktor senyum je doktor...musti kata doktor..gile apa mak budak nih....hahaha...so macam biasa doktor kasi ubat demam...kira malam tu aku memang tak tido..rasa bersalah sangat kat kakak...
So..moral of story..hehehe...korang kalau nak kasi arahan tu beringat ler..bile dipikirkan balik betul jugak kata mak aku..kira kakak tu dah besar..mungkin perut dia tak dapat terima susu tu..tapi alhamdullilah..walaupun tak lama aku nyusu kakak..tapi aku yakin dia dah kenyang minum susu aku..insyallah..sebab aku tak nak kat sana aku kena soal..takut woo..hahaha...

26 Apr 2011

Masih Ingin Mencuba...

Aku nih tengah belajor nak make up kan blog aku nih..ye lah kan budak baru belajor ler katakan...kesian cikgu aku kat alam maya tu..sampai tertido-tido dia ngajor aku..hehehe..idak jugak mau jadinya..last-last aku ambik jalan mudah..try yang mana boleh..hehehe..kira nak jaga hati cikgu ler..nanti aku nak try lagi..kali nih aku harap jadi...

22 Apr 2011

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia.

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

21 Apr 2011

Belajor Melalui Internet...

hahaha..saja nak try..tengah belajor ngan sifu aku kat Dubai pasal nak tukar time kat post nih..gelong..aku pun pening bila baca blog aku nih...tulih la nih..date dia semalam..tak ke pening dibuat nya..kalau berjaya memang sifu aku nih terer...

Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran (bukan lawak)


Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan. 

Wallahualam..

Wanita Hari Ini....'Cinta Monyet'


Aku nih memang selalu tertinggal cerita kat tv nun..klu dapat tengok pun subuh-subuh buta ler..itupun ulangan..itu kalau aku sempat menjeling kat tv  tu..kalau idak..hem..memang tak sempat jugak le...
Topik tadi pasal 'Cinta Monyet di kalangan anak-anak..' ada ler dia jemput artis remaja..(sori gua tak tau nama lu..tapi gua selalu nampak muka lu dalam drama)...bersoal jawab ler diaorang..peh tu ada ler sesi temuramah ngan sepasang couple nih..dari usia 10 tahun diaorang kenal..huh..terer tu sampai ada anak satu tu...
So teringat ler aku pada cite aku sendiri..hehehe..kira boleh kata cinta monyet ler jugak..hehehe..alhamdullilah..jodoh aku sehingga sekarang dan aku berdoa semoga Allah panjangkan jodoh aku sehingga ke akhir hayat..biasa ler alam rumah tangga, memang banyak asam garam..bak kata nasihat mak aku disaat-saat aku nak kawin dulu.."udah kawin nanti kena banyak sabar..(yelah..aku nih jenis panas baran..udah ler cepat tersentap..berjiwa sentimental ler katakan..)..banyak benda kena sabar...banyak benda kena korban...jadi kena kuatkan semangat..macamana susahnya nak kira batu jalan tu..macam tu ler susahnya kawin.."..tu ler setiap kali aku tengok jalan raya..aku senyum sendiri...memang betul kata mak..banyak asam garam dan liku-liku dalam alam perkahwinan...sama ada kita sabar atau tidak aje...
Hehehe..bukan nak takut-takutkan kepada pasangan yang belum kawin..tapi nak ingatkan..kawin nih bukan untuk main-main...kena banyak persediaan...dari segi mental dan fizikal..memang banyak pengorbanan..kiranya aku nih pun masih mentah dalam alam rumah tangga nih...
Bukan apa..bila dipikirkan dan di diskus kan ngan kawan-kawan..memang beza alam rumah tangga ngan zaman bercinta dulu..betul ler kata ustaz2 ngan ustazah2...tak sama time bercinta ngan dah kawin...hahaha..sapa dah kawin korang tau ler..banyak benda nak jaga..hati..perasaan..hahaha..lu pikir ler sendiri..
..so setakat ini..alhamdullilah...Allah masih kuatkan imam aku...dengan izinnya aku masih dapat mengharungi semua dugaan yang memang sentiasa dan akan datang melanda..bak kata ustazah kat opis aku nih.."biasa ler sebelum kawin..setan takkan datang menghasut..tapi udah kawin memang banyak setan yang akan datang menghasut..."..insyallah..berkat doa dan semangat dari semua pihak..semoga jodoh ini mendapat keberkatan daripadaNya..insyallah...Amin...

18 Apr 2011

Em..alahai anak ibu...Hamizam...


Cerita pasal semalam..hem..anak ibu sungguh kuat semangat..sanggup ketepikan masalah kesihatan supaya impian dia tercapai...terharu ibu...mungkin dia pikir ibu ngan ayah sibuk..bila ayah kata ok..dia tak nak rugikan masa..so dia abaikan kesihatan dia supaya kakak ngan adik dia dapat happy sesama...

 
Ari Jumaat ari tu dia makan ais krim...aku dah agak kalau dia makan ais krim hah ready ler nak ke klinik ambik pam..tu pasal aku control makan minum dia..musti semua terkejut..anak-anak aku nih memang tak dibenarkan makan ais krim ngan minum ais sejuk..nih semua sebab dia..so peti ais rumah aku pun memang tak de ais sejuk...mungkin orang kata aku manjakan anak..sebab anak kita lain-lain tahap kesihatan dia..tak sanggup aku tengok dia menahan sakit dia..orang lain tak kisah tentang anak korang itu korang punye pasal..tapi tolong jangan nak pelekeh aku..aku nih bukan nak kata ibu mithali sangat..tapi nak jaga diaorang time sakit tu aku tak larat..kang mula ler air mata aku nih cepat sangat jatuhnya..tidor pun tak menentu..cukup ler pengalaman aku menjaga anak di hospital..ngan satu family aku yang demam teruk tu..huh..pengalaman yang cukup mencabar...

So ari Sabtu dah nampak dia batuk lain macam..aku biarkan..just time nak tido malam aku kasi dia ubat batuk..tapi dia still aktif tu aku tak kisah nak bawak klinik...bila dah masuk ari Ahad..dia beria-ia nak ikut aku gie kerja..aku bawak ler jugak..sebab tak lama...habih handle kursus tu aku pun balik..tapi malam tu kakak dah ajak ayah g mandi-mandi..hem..tengok mood ayah..kalau mood dia ok..dia pegi ler..so habih kursus dia ambik aku..mood ayah ok..aku dah nampak Hamizam nampak penat..tanya dia ok ker idak..katanya ok..dia nak jugak mandi..dia tak penat katanya..aku suruh dia rehat je...

So lepas isi minyak..misi nak gie mandi bermula..bila aku suruh dia rehat..dia pun rehat je..tak banyak gerak..sepanjang perjalanan dia tido..risau gak aku..sampai tempat mandi..bukan main dia..macam tak sakit..bila dia rasa penat..dia rehat..aku nampak perubahan dia..tapi dia lawankan penat dia tu..

Kitaorang pun tak lama..sebab ayah nak balik cepat..nak buat kerja dia..sebelum sampai rumah gie makan dulu..Hamizam nih memang kuat makan..tapi disebabkan penat dia slow..habih makan ajak ayah tengok klinik yang selalu dia pergi..nasib bukak..so apa lagi..masuk..memang sah-sah kena pam..hem..lepas je kena pam..alhamdulilah..baru ler nak bercakap..kalau idak..senyap je..sampai naik risau aku...

Tapi malam tadi penat dia datang balik..kasi jugak ubat..sampaikan ari nih aku masuk opis lewat..takut penat dia tak hilang..nasib dah ok..so dapat ler aku meneruskan kerja aku ngan tenang..

etun..12.00 tengahari (isnin)..date yang ada tu bengong sikit..aku tak tau nak tukar macamana dah..so aku tulis je date asal nih..:)

15 Apr 2011

Kenali Telefon Bimbit anda, 'ori' atau AP



Korang pasti ker hanpon yang dibeli tu 'ori'...takut jugak kan melabur banyak2..tau-tau bukan 'ori'..nih aku nak kasi tip sikit..tip nih pun aku ambik dari petikan surat khabo lama..so meh aku nak buat karangan Bahasa Malaysia..(sori yek kot korang tak paham karangan aku nih..:)


Untuk penjelasan lebih lanjut...


Set Asli merupakan set handpon yang diedarkan oleh syarikat sah untuk dijual.Contohnya macam syarikat pengeluar handpon Nokia, pengedar yang disenaraikan sebagai ejen sah adalah 'Zitron', 'Avaxx' dan 'i-Mobile'. Untuk Sony Ericsson pulak, pengeluar sah dia 'T-Choice','Grandtech', 'Midlands' dan 'Thorus'.


Sebenornya kesimpulannya..set AP (Approval Product) nih dijual murah dari 'ori' sebab di masuk tanpa kelulusan daripada Kastam..(kira menyeludup ler tu)..so risikonya apabila handpon kita rosak tu yang problem..sebab set AP nih tak de dibekalkan spare partnya...sebagaimana handpon 'ori'...


Jadi untuk kita bandingkan mana handpon 'ori' ngan AP..gini gayanya..


1) Asingkan 'kulit' telipon ngan bateri dia..


2) Periksa pelekat pada set tipon..Pelekat yang tertera 'Zitron', 'Avaxx' atau 'i-Mobile'..nih untuk set asli...tapi kalau ada nampak yang tulih 'Final Choice', 'Nefion', 'Telstra', 'GTMax'..dan lain-lain..hah..nih set AP..


3) Tekan *#06# untuk periksa nombor siri 15 digit pada handpon tu...


4) Bandingkan nombor tu dengan pelekat pada kotak dan handpon tu...jika sama set 'ori' ler..tapi kalau lain-lain..hah..lu pikir ler sendiri...

14 Apr 2011

Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada...


Apasal hari nih mood aku tak berapa stabil huh.. mungkin sebab apa yang aku nak tak dapat kot..memang ari nih keimanan aku tergugat..tetiba je aku berkata-kata sendiri..risau lak aku...huhuhu..aku rasa aku nih terlalu penat sangat kot...stress ngan kerja kot..tu yang mood tak stabil..tapi aku sentiasa berdoa kepada Allah semoga ditetapkan iman aku nih untuk aku menhadapi cabaran hidup...

12 Apr 2011

Ibu sayang kakak tau....


Pagi nih cuaca hujan..kira basah jugak ler baju kalau tak berpayung...macam biasa lepas aku bersiap..aku kejutkan kakak untuk mandi..nak kejut awal kesian pulak..6.30 pagi memang waktu dia bangun..dah siap aku suruh dia minum..sambil tu sembang-sembang ngan ayah dia..ayah dia mengadu kat aku yang dia selalu dapat gula-gula..aku heran..tanya dia beli ker..katanya tidak..kawan dia bagi..tanya sapa..katanya Natasha..Natasha tu memang rapat dengan dia..so apa lagi melenting ler aku..aku tak nak biasakan dia ambik apa-apa daripada orang..tak kira ler kenal atau tidak..risau dengan keadaan sekitar yang macam tak selamat lagi...anak..sapa tak sayangkan anak..


Apa lagi..start dapat tau..memang tak berenti mulut aku membebel..kesian lak marah-marah dia..sampai terkedu nak minum Milo tadi..tapi geram..dah pesan..tapi buat lagi..huh...sampai aku cakap malas nak hantar dia kesekolah..pegi jalan kaki sendiri..tapi naluri ibu aku nih cepat sangat sensitif..kesian tengok muka dia..sambil on the way ke sekolah..apa lagi tangan dia jadi mangsa cubitan aku..tersedu-sedu dia nangis...kesian pulak aku tengok..sampai dia kata.."ibu kakak nak love ibu.."..(memang anak-anak aku kalau ngaku salah ayat ini akan diaorang ucapkan..sambil peluk..)..nasib hujan..cikgu dia lewat datang..kawan-kawan dia pun tak ramai lagi..


Dah puas aku lepas geram tadi..baru aku sambut peluk dia..sambil tu aku pujuk balik dan nasihat dia elok-elok..."ibu marah bukan ibu tak suka kakak..ibu sayangkan kakak..kakak kan anak ibu..tapi ibu tak suka kakak ambik atau terima barang orang..ingat tak iklan dalam tv tu..jangan ambik apa yang orang kasi..ibu sayangkan anak-anak ibu..kakak tak takut tangan kakak kena bakar ngan Allah.."..sambil tersedu-sedu dia kata dia takut..so aku usap dia..bagi dia cool..yelah..jap lagi dia nak belajor..kang ganggu emosi dia pulak...dia janji dia tak buat lagi...


Em..alahai kakak sayang..ibu sayangkan kakak..dah nih aku pulak rasa kesian bila tengok dia tadi..sampaikan macam nak tunggu je dia kat sekolah tadi...otak aku nih asyik memikirkan dia je...aduh..kang tengahari aku nak call dia..kalau dia tak buat perangai lagi nanti aku nak belikan hadiah untuk dia..

6 Apr 2011

Harap Semua Berjalan Lancar..

Tadi ada perbincangan dengan Setiausaha..katanya 26 Mei nanti Sultan Perak akan datang..huhuhu..banyak benda yang perlu disediakan dari sekarang...ada pertambahan tugas untuk aku..tak pe la..asalkan semua berjalan lancar..so bermula dari sekarang..aku dilantik menjadi pereka hiasan dalaman..hahaha..macamana ler rupanya nanti..kita saksikan yek..doakan ye semua agar program tu nanti berjalan dengan lancar..:)

5 Apr 2011

Mampukah aku..????

Tadi anto file kat pejabat Penghulu..macam biasa Penghulu bagi borang yang dia offer tu..aku minat..tapi aku takut tak terkendong..hem..mampu ker aku nak handle semua nih...memang padat kalau aku terima offer tersebut..tapi untuk mencari ilmu rasanya rugi aku tak ambik...aduhhh..pening kepala aku nih..aku kesian kat anak-anak..takut masa ngan diaorang terhad..dulu time ayah diaorang sibuk..masa ngan ayah diaorang pulak terhad..so takkan aku nak kenangan dulu berulang kembali...:(


Go to fullsize image

2 Apr 2011

Cerita Pagi Jumaat...

Sedih dan sebak pulak aku membaca status Pn. Nida Shaari kat facebook tadi..anak sedara dia telah dijemput Pencipta..baru minggu nih aku tengok gambo anak sedara dia yang diuploadkan dalam facebook dia...bila ditanya katanya sakit demam selsema, batuk dan jangkitan paru-paru..teringat aku pada peristiwa masa Shazwani ditahan kat wad masa demam teruk ari tu...
Mula-mula ingatkan demam biasa..bawak klinik..dah masuk 3 hari tak jugak sembuh-sembuh..mak aku dah mula bising..risau tengok cucu dia dah lembik..nak tak nak bawak gak ke hospital..time tu memang tengah hangat kes H1N1..risau gak..tapi suhu badan dia time tu turun disebabkan aku balut dia ngan tuala basah on way ke spital...so doktor kata demam biasa..aku tak puas hati..sebab aku kata dah 4 hari demam dia tak kurang..makin panas..adakala suhu badan dia sampai 40c..panas tu..tapi doktor kata.."u kasi dia makan ubat ikut aturan..kalau lagi 3 hari dia tak kurang bawak balik hospital.."
Balik ler rumah..kasi dia makan ubat hospital pulak..hem..sama jugak keadaan dia..kira dalam seminggu tu aku memang tak tido..suami aku pulak time tu memang busy..so kiranya aku sorang ler menjaga dia..hem..setiap kali tengok dia batuk nak nangis aku..dah sampai dia tak larat nak batuk..bayangkan baby umur 9 bulan..sedih time tu..

       
    time nih time dia demam..belum lagi masuk hospital..semua petua aku pakai..dah sampai aku mencari lagi petua untuk mengurangkan demam..tapi demam dia still lagi kuat..:(
Malam hari ke -7(kira dah genap seminggu)..panas dia still macam tu..batuk dia dah sampai tak de suara..muntah..cirit..hem..memang risau..lepas subuh suami aku terus ajak ke hospital..kali nih dia tak kasi aku balut ngan tuala..takut suhu turun time kat hospital nanti..
Dalam perjalanan aku cium dia..sedih tengok dia..sampai hospital..ambik suhu..suhu memang tinggi..42c..so terus masuk bilik doktor..diaorg kasi masuk ubat kat bontot dia..peh tu..terus cucuk2 nak masuk air..time tu aku tak sanggup nak tengok..sorang misi tu kata.."kalau ibu tak boleh tengok..tak pe boleh duduk luar..tapi kalau nak tengok boleh duduk dalam.."..mula2 nak jugak tengok..lama-lama aku keluar sendiri..suami aku pun gitu..tak larat nak tengok..dalam sejam jugak ler tunggu kat luar..peh tu Shaz keluar..terus diaorang kasi tau kena tahan kat wad..masa tolak katil tu..sedih aku tengok Shaz..tangan dia kena cucuk..lembik sesangat..
sampai kat wad diaorang letak kan dalam satu bilik khas..peh tu ramai ler doktor interview aku..
Geram jugak ada 2-3 orang doktor tu kata kenapa aku lambat bawak anak ke hospital.."tak sayang anak ke.."katanya..aku pun cakap ler.."doktor..hari pertama dia demam saya bawak dia ke klinik..udah masuk hari 3 tengok tak kurang..saya bawak dia ke hospital..doktor kat Kecemasan jugak cakap..kalau tak kurang jugak bawak sini..tu yang saya bawak sini lagi.."..dah ler tengah sedih..kena perli pulak..hish..
Kira bila time sorang doktor cina tu datang..(kira doktor pakar..yang tadi doktor traning..)..dengan lembut dia menerangkan penyakit Shaz..siap tunjuk X-ray lagi..dah rupa macam drama bila dia cakap.."Ibu kena sabar..sebab tahap sakit dia 50-50..kita tengok dalam seminggu..kami akan bagi dia antibiotik..Ibu kena banyak doa supaya dia cepat sembuh..Masa sekarang bukan untuk menangis..tapi Ibu kena kuat.."itu ler kata-kata doktor tu yang aku tak boleh lupa...
   
hari pertama dia di ICU..pakai baju pun baju hospital..rupanya ada jugak baju untuk baby..disebabkan tak sangaka kena tahan..memang tak bawak apa..time nih tak sarapan pun..tapi tak rasa lapar..sampai tengahari..tau2 diaorang kasi makan dalam tray je..
 
nih hari kedua dia..kira malam tadi aku dah berkampung kat sini..tapi yang aku tak boleh lupa malam tadinya..time sorang doktor tu datang utk check Shaz(udah ler comei doktor tu..tenang tengok muka dia..:))..dia kata " Ibu kena banyak rehat..dapatkan posisi yang selesa utk tido.."..dengan baiknya dia ambikkan bantal utk aku..sungguh perihatin doktor itu..:)
  
masa nih hari ke 3 dia dalam bilik tu..dah mula aktif..tp susu kena bagi sikit2..time kat dalam bilik nih doktor terpaksa nasihatkan aku..kurangkan bagi dia b/feed sebab tak nak kasi dia penat..lgpun time dia nak bagi susu kena catu...
  

  
nih ari ke-4 sebelum dia keluar dari bilik nih dan duduk kat katil luar...
     Alhamdullilah..petang tu..demam dia dah kurang..dan makin kurang..syukur..tapi batuk still ada..sebab kahak di paru-paru dia banyak..time tu Shaz kena puasa susu..sedihkan bila dia nak susu aku terpaksa pujuk dia supaya sabar..sebab doktor taknak kasi dia penat..kalau tersedak paru-paru dia akan kotor balik...dah 3 hari duduk kat bilik tu..aku pun boleh duduk luar ngan orang lain...maknanya..shaz dah makin sembuh..dah boleh senyum2
nih hari ke 5..dah sihatkan anak ibu..time nih dia dah duduk kat bilik luar.

 
nih hari ke 6 dia..yehaaa...kalau ikut kata doktor esoknya dah boleh balik...dia pun dah sihat..  
nih hari ke 7..tapi hari ini paling mencabar..tetiba subuh tadi dia muntah2 ngan cirit2...aku jadi gabra..tak pernah aku menggunakan loceng atas kepala katil..subuhnya aku tekan jugak..risau time nih..takut kena tahan balik...pagi time doktor round dia kata mungkin dari kesan ubat..kira memang habih leher..tangan ngan celah lutut dia..semuanya merah2..doktor kasi ubat sapu..petang tu aku ngan Shaz dah boleh balik rumah..:)
...kira seminggu jugak ler aku berkampung kat wad tu...hem itu ler kenangan..
Terima kasih aku nak ucapkan kat Doktor2 dan misi yang baik budiman kat Wad Kanak2 Hospital Teluk Intan..ikhlas nih aku puji diaorang..bukan sebab mak mertua aku bekas staff nurse kat situ yang aku puji melambung..tapi layanan yang aku dapat tu memang memuaskan..:)