Semalam kita berkongsi pasaL TIPS KECANTIKAN WAJAH.. hari nih pulak pasal TIPS KECANTIKAN DALAMAN pulak..tengah rajin kumpul info..paling2 tidak saya pun boleh amalkan sekali...hehehe..
Meh korang kita kongsi sesama..
Tips Kecantikan Dalaman
1. Minum banyak air...minum..minum dan minum!
Dah biasa dengarkan...bukan apa dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan...Itu sebab kena minum air banyak.. |
Baik utk kesihatan..paling malas nak larik2 pun jalan2 keliling rumah..tak pun nak gie beli kuih2 tu jalan kaki..kira bersenam ler jugak pagi2 buta.. |
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?? |
Jangan selalu berjaga malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. |
5. Tak payah pakai makeup !
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Paling tidak jimat sikit kita punye eyeshadow, lipstik, blusher dan semua skali ler... Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih |
6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan !
Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan. Pastikan ia menu yang sihat |
7. Elakkan stress!
Stress mempercepatkan proses penuaan. Cari benda yang sesuai untuk anda kembali rilex dan tenang daripada stress.. |
8. Don't worry, be happy !
Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! |
9 .Ketawa penghibur duka!
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan