" Berzikirlah jika kita uzur (bagi wanita) supaya tidak terlepas 10 malam terakhir..semoga kita dapat merebut Lailatul Qadar...Aminnn"
Cute ke blog aku nih..hahaha..aku nih bukan terer bebenor..tapi saja gatai-gatai tangan nak jugak membuat benda alah nih..seronok gak sekali sekala mencurahkan idea yang tak seberapa bernas kat sini..harap korang semua ENJOY....
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan...Bulan Mulia... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan...Bulan Mulia... Papar semua catatan
19 Ogo 2011
17 Ogo 2011
Tazkirah Ramadhan..
" Tidak kira siapapun kita, di dalam masjid semua jadi makmum, dan hanya seorang sahaja menjadi imam.
Pegawai Kerajaan ke dia, Doktor, Hakim, Wakil Rakyat, Menteri masuk sahaja ke masjid untuk solat, dia akan menjadi makmum dan kena ikut semua perbuatan imam.
Tujuannya untuk melatih keluar daripada masjid, semua perlu terus menjadi makmum kepada Allah SWT dalam menjalankan tugas seharian sebagai muslim.."
16 Ogo 2011
Doa Ramadhan...Hari ke -16
" Ya Allah...berikanlah keampunan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang yang baik...
Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan...
Lindungilah aku dengan rahmatMu hingga ke alam Akhirat, demi ketuhananMu..wahai Tuhan sekalian alam..."
~ Amin ~
12 Ogo 2011
Selamat Berbuka Posa...
saja je nak ucapkan selamat berbuka..nak share ngan korang ler.. dah nak masuk minggu ketiga kita berposa..hehehe..ramai dari korang dah enjoy shoping raya..yelah..dah dapat bonus ler katakan...apa-apa pun seronok naik shopping mall..semua pakat buat diskaun...aku..kompem..dah nak dekat raya baru g shopping utk anak2..sbb bila dah last2 tu baru best..ok..selamat berbuka posa..:)
11 Ogo 2011
Sama-sama kita renungkan...
Orang yang didoakan oleh malaikat
- Yang menunggu-nunggu solat
- Yang bersolat di saf pertama
- Yang memenuhkan saf ketika solat
- Yang terus duduk selepas dolat sehingga doa dibacakan
- Yang solat subuh dan asar berjemaah
- Yang berwudu' sebelum tidur
- Yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui oleh saudaranya itu
- Yang suka berwakaf dan bersedekah
- Yang menziarahi orang sakit
- Yang mengaminkan selepas imam membaca Fatihah dalam solat
- Yang bersahur
- Yang berbuat baik terhadap saudaranya..
Langgan:
Catatan (Atom)