Memaparkan catatan dengan label Untuk Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Untuk Renungan. Papar semua catatan

9 Apr 2012

Kata-kata Hikmah Dikala Marah..

♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

~> kerana dengan sebuah KEMAAFAN dapat memberi kesejahteraan, kebahagiaan, keindahan & ketenangan dalam kehidupan kita.

2 Apr 2012

Kata-kata Hikmah DIkala Sedih..


* Jika ada org bicara mngenai kita diBlakang,itu adlh tanda bhw kita sdh ada DI DEPAN...
* Saat org bicara Mrendahkn diri kita, itu adlh Tanda bhw kita sdh brada di tempat yg LEBIH TINGGI...
* Saat org Bicara dgn Nada iri mngenai kita, itu adlh tnda bhw kita sdh jauh LEBIH BAIK dr Mereka...
*Saat org Bicara Buruk mengenai kita, padahal kita tdk prnah Mngusik khidupn Mrk, itu adlh tanda bhw khidupn kita sbenarnya LEBIH INDAH dr mereka...
"Payung tdk dpt mnghentikn Hujan, tp dpt mmbuat kita Brjalan mnembus hujan utk Mncapai Tujuan......!!

27 Jan 2012

Tadi time belek2 post kat fb tadi terpikat pulak dengan satu ayat yang di buat kat wall Dato' Dr. Hj. Mohamad Fadzilah Kamsah...sedap bunyinya..saja masuk kat blog nih untuk kita sama-sama hayati..:)

 Kita semua adalah SAMA tapi TAK SERUPA
Semua org PANDAI tapi ramai TAK BIJAKSANA
Org pandai TAHU, yang bijak AMALKAN
Yang pandai SIMPAN yang bijak SAMPAIKAN
Yang pandai MUDAH MELENTING, yang bijak RESPON DGN HIKMAH
Yang pandai belajar daripada silap SENDIRI yang bijak belajar daripada silap ORANG LAIN. Yang pandai PENTINGKAN DIRI, yang bijak PENTINGKAN ORANG LAIN
Yang pandai HEBAT DI DUNIA, yang bijak HEBAT DI DUNIA & AKHIIRAT.

 Orang bijak tahu: dengan bantu orang untuk berjaya, kita juga akan berjaya. 
Bantuan Allah datang kepada orang yang bantu orang lain dengan ikhlas. 
Mari sama2 kita jadi orang yang BIJAKSANA
Wassalam.

24 Dis 2011

Tempat Syaitan Berkumpul..~HIDUNG~







Saya pun baru tahu pasal nih..selama nih best je orang korek hidung..rupa-rupanya situ tempat berkumpul para-para syaitan..isk geli ler pulak..meh korang baca sikit info nih..so boleh ler kita halau syaitan-syaitan tu dari lepak dalam lubang hidung kita..:)


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi Muhamad s.a.w bersabda.."Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak 3 kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)"..


Untuk pengetahuan semua, hidung adalah salah satu anggota badan kita yang syaitan minat..time kita tidur ler time yang sesuai syaitan datang..time tu syaitan-syaitan akan berkumpul didalamnya..tapi tak tau ler secara tepat apasal kat situ syaitan suka..mungkin boleh menggangu keupayaan kita untuk bangun dari tidur..tu yang kalau dah tido malas bebenor nak bangun..

Jadi cara Rasullullah sebaik sahaja bangun tido selain bersugi ialah membersihkan hidung..jadi lepas nih bangun je dari tido cepat-cepat ler kita bersihkan hidung..kerana melalui hidung jugak ler kita menyedut udara pemberian Allah..:-

  • Berselawat dan gunakan jari yang kecil untuk membersihkannya secara perlahan-lahan..jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana bimbang hidung akan cedera atau bulu hidung tertanggal..(takut jugak nanti lubang hidung besar..lagi senang syaitan besor duduk dalam lubang hidung kita..)

23 Dis 2011

Sikap Syaitan bila tak dapat menyesatkan Manusia




Lama tak update blog...sambil-sambil dengar radio dan rehat sekejap dari tengok angka-angka kat buku nih terjumpa ler info nih..best jugak kalau nak kongsi ngan u all semua..
Lagi-lagi pulak time baca info nih dia ada kasi note kat situ..gini bunyinya.."Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya dengan berkata, "Jangan sebarkan, kerana ia tak penting lansung !!".. so saya nak kasi setan tu gelabah lagi terus masukkan post untuk hari nih..so meh kita baca ramai-ramai..:)

Okey antara reaksi Syaitan apabila kita mengamalkan Al-Quran sebagai panduan harian kita :
  1. Ketika kita membawa Al-Quran - respon syaitan = "ala biasa-biasa saja..tengok je.."
  2. Ketika kita membukanya - syaitan mulai curiga
  3. Ketika kita membacanya - dia resah dan gelisah
  4. Ketika kita memahaminya - dia mula terkejang-kejang
  5. Ketika kita mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan kita setiap hari - Dia stroke..
So..teruskan membaca dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke..:)

13 Dis 2011

HATI-HATI BILA MENGANGKAT KETIAK..



Sori ler..entry kali nih takut menyinggung sesapa..bukan nak mengena atau mengutuk sesapa..tapi sekadar nak mengingatkan..bak kata orang "sharing is caring"..betul tak..


Teguran nih khas kepada sesapa yang memang suka pakai baju yang takde lengan nun..tak kira ler singlet ker..t-shirt ker..suka korang ler kan nak pakai apa-apa..sebab itu hak korang..Tapi yang lemah gemalai nih bila tengok ketiak korang tu..


Dah berapa kali aku terkena..tak kira ler bila tengok orang awam ker..artis ker...aduh mak...geli geleman rasanya..kalau korang rasa nak ikut fesyen pastikan ler bulu-bulu kat ketiak tu trim cantik-cantik..kasi licin semua..tak tinggal akar-akar pun..peh tu..sebelum ketiak korang tu putih..hentikan ler niat nak pakai..bila korang rasa dia dah putih dan tak berkarat..ok teruskan ler niat korang tu..


Dan aku rasa kepada kaum HAWA..ingatan nih penting untuk korang..cer korang bayangkan seorang pempuan..mengangkat ketiak dengan penuh bangga tapi hakikatnya orang tengok nak muntah..kompem korang kena gelak..


JADI RENUNG-RENUNGKAN LAH YEK..:)

12 Dis 2011

TUA..jangan takut hadapinya..!!


Wah lagi beberapa hari lagi kita nak sambut tahun 2012..ini bermakna umur kita semakin bertambah...dalam erti kata kita dah semakin TUA... dan tentu bila tiba tarikh birthday kita, rasa macam takut pulak nak jawab bila orang tanya umur..


So belek-belek majalah tadi ada ler jumpa isu pasal TUA..jom kita baca sesama...tajuk info itu adalah..


TUA..jangan takut hadapinya..!!

Penuaan adalah satu proses yang melibatkan mental, fizikal dan emosi..Menjadi tua merupakan satu realiti..Ini adalah hukum alam, tiada siapa akan terkecuali..
Apabila seseorang itu menjadi tua, dia mengalami malasah pelupa, badannya menjadi lemah dan senang mengalami kemurungan...

Simptom penuaan pada wanita..
(sori yek kaum Adam..nak tau untuk kaum Adam kena cari sendiri ler yek..)

  1. Masalah tulang rapuh menyebabkan lenguh sendi dan tenaga pada otot-otot berkurangan
  2. Kulit mula dipenuhi pigmentasi, kutil pada kulit (skin tag) dan warna kulit juga berubah menjadi gelap
  3. Perubahan struktur wajah membuatkan raut wajah berbeza dengan wajah sebenar. Sebenarnya masalah ini berlaku akibat dari tulang muka yang semakin menyusut jisimnya
  4. Kedutan pada kulit dan kekurangan kolegen membuatkan kulit tidak tegang
  5. Kenaikan berat badan akibat kekurangan hormon
  6. Masalah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan kanser menggangu golongan tua
  7. Mood yang tidak stabil menyebabkan wanita terasa tidak selesa, resah dan badan merasa panas akibat hormon yang berkurungan..

10 Dis 2011

Panduan Memilih Telekung Solat

Hehehehe..entry kali nih terbuka kepada semua..kaum Hawa dan Adam..untuk kaum Hawa memang ler kita akan pakai telekung time solat kan..untuk kaum Adam pulak..kot2 ada yang nak bagi hadiah pada buah hati...senang ler sikit nak pilih..

So..sebelum kita beli telekung teliti dulu tip nih..supaya telekung tu nanti betul-betul bermanafaat..bukan apa ada setengah telekung tu memang cantik tapi macam tak sesuai je..

  1. Pastikan ia betul dengan saiz badan pasangan/kita supaya tidak nampak aurat..sebab telekung nih jugak ada saiz-saiznya..
  2. Jangan pentingkan hiasan semata-mata..Paling penting fikirkan fungsi telekung tu iaitu untuk menutup aurat sepenuhnya..ada jugak telekung terlalu nipis..nih kalau boleh tak payah ler beli..kompem-kompem nampak aurat..
  3. Pilih jenis kain kapas kerana ia lebih selesa untuk digunakan. Ia juga mudah menyerap air jadi ia tidak akan menjadikan telekung kita bau busuk..
  4. Jangan terlalu ghairah pilih telekung yang penuh dengan kerawang dan berwarna-warni kerana ia akan menggangu khusyuk solat jemaah lain..selain itu takut timbul fitnah dan riak..
  5. Elakkan memilih telekung yang mempunyai kerawang di bahagian muka kerana ia membuatkan pemakainya berasa tidak selasa dan hilang khusyuk ketika solat..
Sumber ini dipetik dan diubah suai sedikit...

9 Dis 2011

Manusia..Malaikat dan Syaitan..

Semalam tak dapat nak update post yang best-best..tapi hari nih gagahkan jugak cari benda best-best..nanti kalau tak de info-info menarik nanti orang tak nak datang singgah blog kita..betul tak..hehehe..so..saya rasa post nih best dah boleh kita kongsi sesama..
Bukan apa kita memang akan lalui semua situasi nih..sama ada kita larat atau tak untuk harung semua nih..renung-renungkan lah..:)


Situasi 1

  • Manusia - Eh..dah subuh dah..?
  • Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam..tunaikan solat Subuh mu..
  • Syaitan - Alahhh..sekejaplah..ngantuk nih..awal lagi ni..zzz
Situasi 2
  • Manusia - Nak makan, laparlah...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..mulakanlah dengan Bismillah..
  • Syaitan - Ahh..tak payahlah..dah lapar nih!..makan saja..sedapnya..
Situasi 3
  • Manusia - Hari ni nak pakai apa ye ?....
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..pakailah pakaian yang menutup aurat..
  • Syaitan - Ehh...panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung !


Situasi 4
  • Manusia - Alamak, dah lewat !...
  • Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
  • Syaitan - Ahh..awal lagi..mmm..ahhh..suruh si X tolong punchkanlah..
Situasi 5
  • Manusia - Azan sudah kedengaran...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..bersegeralah menunaikan kewajipan...
  • Syaitan - Baru pukul berapa..riles lah..awal lagi nih..
Situasi 6
  • Manusia - Eh..eh..tak boleh tengok ini..berdosa..
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..alihkan pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui
  • Syaitan - Perghhh..best tu..rugi oo kalau tak tengok..
Situasi 7
  • Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..cegahlah ia..
  • Syaitan -  Apa kau sibuk ? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah..
Situasi 8
  • Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..nasihat-menasihati lah sesama kamu..
  • Syaitan -  Sendiri pikirlah..dah besar, buat apa susah-susah..pandai-pandai lah..
Situasi 9
  • Manusia - Aku telah berdosa...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..bertaubatlah kamu..sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
  • Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh taubat..muda lagikan..lagipun hidup hanya sekali..(hehehe..kalau sempat la..)
Situasi 10
  • Manusia - Kalau pergi mesti seronok !!...
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu..
  • Syaitan - Jangan bimbang, tak de sesapa yang tahu..Jomlaahh..!!
Situasi 11
  • Manusia - Uhhhh..letihnya hari nih..tak solat lagi nih..
  • Malaikat - Wahai Anak Adam..taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagian di dunia dan akhirat untukmu..Solat itu wajib bagimu..
  • Syaitan - Hey anak Adam..ikutilah aku, kebahagian di dunia (sahaja) dan kebahagian di akhirat untuk mu nanti ada juga..( jangan mimpilah..!!)

7 Dis 2011

Kata-kata Hikmah

Setiap kali bukak "fb" selalu dapat update post dari member nih..saya suka sangat follow dia punye update post..paling-paling tidak dapat jugak memuhasabahkan diri nih..yelah saya nih manusia yang lemah..kalau tak de orang nak tegur kita ingat kita nih bagus sangat..so..walaupun hanya ayat yang ditulis didalam laman sosial nih yang kita rasa bernas..baik kita ambik buat tauladan..betul tak..

So kalau korang pun ada kata-kata hikmah yang boleh kongsi sesama..meh ler jadi member "FB" saya...kita bertukar-tukar pendapat..seronokkan..idak ler laman sosial nih di 'cop' sebagai tempat membuang masa..

Antara kata-kata hikmah yang saya dapat pada hari nih..:-


Ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci manusia..

  1. Manusia takut dan benci pada maut, padahal ia lebih baik kepada orang mukmin daripada ancaman fitnah..
  2. Manusia takut dan benci kepada miskin, padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti..

6 Dis 2011

Keistemewaan 10 Muharam..

Saja search untuk mencari keistemewaan 10 Muharam...yelah kat member2 ramai cuti sebab bos diaorg kasi cuti (company islam..memang ler diaorg tak ikut cuti kita..)


So, ini dia info pasal 10 Muharam..supaya kita semua dapat mengingati keistimewaannya...


10 Muharram - Dinamakan juga sebagai Hari Asyura. 


Pada hari itu banyak terjadinya peristiwa-peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Bertanya para sahabat..." Wahai Rasullulah...Apakah kelebihan 10 Muharam berbanding dengan hari-hari yang lain ?.." Sabdanya..




  1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
  2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. ALLAh mencipta lautan pada 10 Muharram
  4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
  6. Diciptakan  Nabi Adam a.s pada 10 Muharram
  7. Dimasukkan Nabi Adam a.s ke dalam syurga pada 10 Muharram
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s pada 10 Muharram
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s dari api Namrud pada 10 Muharram
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s dari sembelihan pada 10 Muharram
  11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s pada 10 Muharam
  13. Dilahirkan Nabi Isa a.s pada 10 Muharram
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharam
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
  16. Diangkat Nabi Isa a.s ke langit pada 10 Muharam
  17. Diterima taubat Nabi Adam a.s pada 10 Muharam
  18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s
  19. Awal-awal hujan turun dari langit pada 10 Muharam
  20. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharam

5 Dis 2011

Pengorbanan Seorang Ibu...

Tadi tengah check-check post dalam 'facebook' tadi terbaca ler satu post dari member yang dipetik dari satu sumber... Best petikan dia..dan tergerak saya untuk berkongsi dekat blog nih.. paling-paling tidak kita boleh sama-sama bermuhasabah untuk ingatan kita semua..


Petikan dia macam nih..saya copy n paste tau..


"Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 DEL (unit) KESAKITAN..Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 DEL (unit) KESAKITAN.. Ini sama dengan MEMATAHKAN 20 TULANG SECARA SERENTAK !! Cuba bayangkan, KESAKITAN  dan KASIH SAYANG SEORANG IBU..


Mustahil seorang ibu itu, MEMBENCI anak dia sendiri !! Seorang ibu hanya mahukan anaknya menjadi seorang manusia yang BERGUNA dan BERJAYA DIDUNIA dan AKHIRAT..
Kelak ! JANGAN BIARKAN SYAITAN MEMBISIK DIKALA KITA BUNTU dan KECEWA dengan IBU KITA..


Hem..bila dikenangkan semula memang..sesapa yang ada pengalaman melahirkan anak  akan merasa semua kenikmatan yang ALLAH kurniakan..memang ler banyak kepayahannya..tetapi kenikmataan yang ALLAH kurniakan tidak terhingga..dan kepada bakal-bakal para ibu..saya doakan semoga kita akan menjadi seorang ibu yang mithali untuk anak-anak kita..luv u semua..


p/s :- kepada anak-anak ibu..AMIRAH NUR BATRISYIA..AMIRUL HAMIZAM dan AMIRAH NUR SYAZWANI..ibu sayang anak-anak ibu..ibu doakan semoga anak-anak ibu menjadi insan yang berjaya didunia dan diakhirat..dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat memberikan kebahagia kepada ibu disana  kelak..LUV U sayang....




24 Nov 2011

Kisah AYAM dan LEMBU...

Seorang kaya sedang duduk termenung di dalam sebuah kedai makan.. Wajahnua sunggul seperti memikirkan sesuatu...

"Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut...Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan..", katanya kepada seorang pelayan...


Pelayan itu diam sejenak dan kemudian berkata..."Tuan pernah tak dengar cerita pasal AYAM dan LEMBU.."...Orang kaya itu menggelengkan kepala..lalu pelayan itupun bercerita...


Pada masa dahulu, terdapat sekumpulam ayam dan lembu didalam sebuah ladang..Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan ayam tidak sama sekali...Perkara ini begitu menjadikan sang ayam hairan dan cemburu dengan sang lembu...


Sang ayam berkata kepada sang lembu..."semua orang selalu memuji mu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kami memberi mereka susu dan krim..tetapi bagaimana dengan aku..??..aku juga memberikan semua yang aku punya..aku berikan mereka dagingku...aku turut memberikan mereka bulu-buluku..bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan...Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu...kenapa aku masih tidak dihargai..??."..


"Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu..??.." tanya pelayan kepada orang kaya itu..orang kaya itu mengeleng dan menunggu jawapan dengan penuh minat...


Sanga lembu berkata dengan tenang,.."Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup.."

p/s :- berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat..jangan menunggu ketika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain berbuat kebajikan atas nama kita...


(petikan diambil dan diolah daripada Kisah dan Tauladan..)

17 Nov 2011

AKU ADALAH WANITA...

YA ALLAH....

Mengapa wanita sering menangis....


" kerana WANITA itu unik...
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa..
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya..
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman...
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia..
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah...
Ku berikan dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun..
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh orang yang disayangi...

WANITA mahkluk kuat...
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku beri dia air mata
untuk membasuh luka dan memberi kekuatan baru.....

12 Sep 2011

Usah Di Tanya...

Usah ditanya mengapa hidup susah,
Usah ditanya mengapa hari dilalui malang saja,
Usah ditanya mengapa harta tidak mencukupi sentiasa,
Usah ditanya mengapa hadir mereka yang sentiasa sakitkan hati saja,

TAPI..

Tanyalah adakah pengampunan segala dosa dariNya,
Tanyalah adakah iman didada cukp menghadapiNya,
Tanyalah adakah ibadah cukup hadapi hukumanNya,
Tanyalah adakah terjawab soalan para malaikatNya...

Petikan ini dishare dari sahabat FACEBOOK...