24 Dis 2011

Tempat Syaitan Berkumpul..~HIDUNG~







Saya pun baru tahu pasal nih..selama nih best je orang korek hidung..rupa-rupanya situ tempat berkumpul para-para syaitan..isk geli ler pulak..meh korang baca sikit info nih..so boleh ler kita halau syaitan-syaitan tu dari lepak dalam lubang hidung kita..:)


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi Muhamad s.a.w bersabda.."Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak 3 kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)"..


Untuk pengetahuan semua, hidung adalah salah satu anggota badan kita yang syaitan minat..time kita tidur ler time yang sesuai syaitan datang..time tu syaitan-syaitan akan berkumpul didalamnya..tapi tak tau ler secara tepat apasal kat situ syaitan suka..mungkin boleh menggangu keupayaan kita untuk bangun dari tidur..tu yang kalau dah tido malas bebenor nak bangun..

Jadi cara Rasullullah sebaik sahaja bangun tido selain bersugi ialah membersihkan hidung..jadi lepas nih bangun je dari tido cepat-cepat ler kita bersihkan hidung..kerana melalui hidung jugak ler kita menyedut udara pemberian Allah..:-

  • Berselawat dan gunakan jari yang kecil untuk membersihkannya secara perlahan-lahan..jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana bimbang hidung akan cedera atau bulu hidung tertanggal..(takut jugak nanti lubang hidung besar..lagi senang syaitan besor duduk dalam lubang hidung kita..)

Tiada ulasan: