2 Jan 2012

CEREKARAMA NUR AIN...sedih...

Betul kata orang..kalau kita ambik anak yatim piatu memang besar tanggungjawabnya..huhuhu..kesian tengok Nur Ain tu..dia sedar dia anak angkat..redha dengan apa yang terjadi..


Korang nak tengok..meh layan sesama cerita nih..

Thumbnail

Sinopsis Cerita :- Drama ini mengisahkan NUR AIN AFWA merupakan anak yatim piatu yang mendiami sebuah rumah kebajikan. Pasangan suami isteri, Azhar dan Marina telah lama mendirikan rumah tangga tetapi tidak mempunyai anak telah mengambil Nur Ain sebagai anak angkat. Mereka berdua mengamalkan kehidupan budaya barat. Nur Ain merasa tidak selesa apabila tinggal dengan mereka. Walaupun hidupnya bahagia, jauh disudut hati Nur Ain kesunyian kerana dia tidak dibenarkan keluar dan bermain.

Nur Ain selalu inginkan sebuah keluarga yang bahagia dan diberkati Allah, namun usahanya selalu mendapat halangan dan dugaan. 

So meh kita tengok sejauhmana ketabahan Nur Ain dalam menjalani kehidupannya.. saya pun tengah layan balik sebab ari tu tak sempat tengok habih time dia keluar tv..

Kata-kata yang best..

"Kadang-kadang Allah menghilangkan seketika matahari, lalu turunkan petir dan guruh, puas kita menangis, mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi.."



Tiada ulasan: